Tuesday, January 28

DIY : BAG ORGANIZER

Hai there
Assalamualaikum

Pernah kah benda ni terjadi dekat korang.?

Situasi pertama  :
Tengah korang jalan2 dengan kawan/family.  Telefon korang berbunyi.  Kebetulan telefon ada di dalam beg. Korang cari telefon dalam beg. Korek punya korek, gali punya gali tapi telefon tu macam tengah main hide and seek dengan korang.  Korang marah lepas tu buka beg korang luas2 lepastu jumpa telefon korang.  Tapi masa korang dah jumpa telefon tu, telefon dah senyap dan sunyi.  Kebetulan pula panggilan itu adalah panggilan menang sejuta ringgit.  Kan dah melepas sejuta ringgit.  Tapi disini kita bukan mahu cerita pasal menang sejuta tetapi pasal BEG KORANG YANG BERSELERAK menyebabkan korang sukar mencari telefon korang. 

Situasi kedua  :
                Korang baru sampai rumah.  Kebetulan masa tu korang memang tengah sarat nak terkucil.  Tengah2 desperate nak buang air kecil tu, korang susah nak cari kunci.  Kenapa susah cari kunci? Sebab BEG KORANG BERSELERAK.  Bila korang jumpa kunci, masa tu empangan sudah tidak mampu menahan kapasiti air yang terlalu banyak lalu empangan pun pecah.  Kan dah malu sendiri.  Kalau ada makcik2 jiran sebelah nampak, confirm cancel buat menantu.

                Sekarang anda nampak permasalahannya di situ?  Masalah ini selalu di alami oleh golongan wanita.  Terutamanya mereka yang suka simpan sampah dalam beg macam gambar di bawah ni.



                Tapi jangan risau sebab saya ada penyelesaiannya.. Jeng Jeng Jeng… Ini lah penyelesaiannya… DIY BAG ORGANIZER

                Benda ni senang nak buat sebenarnya.  i learn how to make it from here.  Lepas sudah siap buat DIY Bag Organizer ni, boleh lah kita mulakan projek menyusun atur perabot di dalam beg.



Ini adalah sebelum bag organizer tu dimasukkan ke dalam beg.  korang susun aturlah barang2 tu mengikut keselesaan korang.


Lepas tu korang boleh lah masukkan bag organizer tu dalam beg.  korang boleh buat macam dekat gambar atas ni.  korang letak beg organizer di sekeliling ruang dalam beg.  ATAU...



korang boleh gulung beg organizer tu dan letak di bahagian tepi ruang dalam beg.  mudah dan kemas kan..


                So, lepas ni korang tidak akan terlepas panggilan sejuta ringgit lagi atau korang takkan malu dengan makcik jiran sebelah sebab dah banjirkan kawasan tempat tinggal korang.  Semuanya boleh dengan DIY BAG ORGANIZER.  Selamat mencuba…

mkay bye…
Salam…


Tuesday, January 21

INFO : PERKARA PERTAMA SEBELUM MENDAKI GUNUNG KINABALU

hai there...
assalamualaikum...

tahukah anda, bahawa gunung kinabalu merupakan salah satu tarikan utama yang menarik pelancong dari dalam mahupun luar negara untuk datang melawat sabah negeri di bawah bayu ini.

tahukah anda, bahawa mereka yang lahir sebagai penduduk tempatan sabah telah diberikan satu keistimewaan khas jika hendak medaki gunung kinabalu.

tahukah anda keistimewaannya ialah harga yang ditawarkan adalah lebih MURAH berbanding dengan penduduk luar.  anda mahu tahu bagaimana caranya? mari sini saya tunjuk ajarkan.

1.      Dapatkan 'Borang Mendaki Bagi Kuota Pendaki Tempatan Sabah'
Borang ni korang boleh dapat di ibu pejabat taman-taman sabah di times square.  tapi lagi senang kalau main download saja dari internet. Zaman sekarang kan sudah makin canggih. cuba download disini

2.      Sediakan salinan dokumen
Lepas sudah dapat borang, korang akan isi semua maklumat yang diperlukan dan pastikan setiap pendaki adalah penduduk tetap sabah yang nombor kod negeri di dalam kad pengenalan adalah 12.

Ikut pengalaman saya haritu, ada seorang pendaki nombor kod negerinya adalah 91 sebab dia dilahirkan di luar negara.  Jadi kami dinasihatkan untuk sertakan salinan sijil lahir dan kad pengenalan salah seorang ibu/bapa yang merupakan penduduk tempatan sabah.  Ini bertujuan untuk mengesahkan bahawa pendaki tersebut adalah penduduk tempatan sabah. So, untuk pendaki tersebut kami sertakan salinan kad pengenalan pendaki, salinan sijil lahir dan salinan kad pengenalan bapa beliau.

3.      Sabah Park akan semak kekosongan
Selesai sahaja borang di isi dengan lengkap, korang hantar borang tu ke ibu pejabat taman-taman sabah.  Nanti ada pegawai yang akan periksa tarikh yang kamu pilih tu samada masih available ataupun tidak.  kalau available, boleh lah proceed next step. Tapi kalau tidak, terpaksa lah korang kena pilih tarikh lain dan selalunya dorang akan cadangkan lah bila tarikh yang masih available.

Dinasihatkan untuk urus semua ni dalam tempoh enam bulan lebih awal.  Tapi untuk kelompok yang ramai, saya nasihatkan korang urus lah lapan bulan lebih awal.  Sebabnya, hari tu saya urus trip ni bulan Disember 2013 dan akhirnya dapat tarikh mendaki bulan Ogos 2014.  kan terpaksa menunggu lama lagi baru dapat mendaki.

4.      Buat Pembayaran
Kalau semua dokumen telah lengkap dan tarikh pun telah ditetapkan, korang cuma perlu buat pembayaran saja lagi.  Pembayaran yang perlu korang buat adalah bayaran permit [RM 30] , insuran [RM 7] dan penginapan (Laban Rata)[RM 80]. Lepas tolak tambah bahagi darab, jumlah yang perlu bayar adalah RM 117 seorang. tapi bayaran ini bukanlah bayaran penuh, masih ada sedikit bayaran yang  perlu di bayar semasa hari mendaki nanti.

Bayaran permit dan insuran ni boleh dibayar di pejabat taman-taman sabah.  Manakala bayaran untuk penginapan ni perlu dibayar di Sutera Sanctuary Louges.  Diingatkan pembayaran perlu dijelaskan dalam tempoh tujuh hari selepas sudah confirmkan tarikh mendaki.  Jadi kena siap sediakan lah duit bayaran ni awal-awal.

5.      Tunggu hari
Selesai buat pembayaran di taman-taman sabah dan sutera sanctuary louges, korang tinggal tunggu hari saja lah. Bukan tunggu hari nak beranak, tapi tunggu hari untuk mendaki.  Tapi pastikan resit bayaran yang korang dapat tu, korang simpan baik-baik.  Itu kira sebagai tiket penginapan korang tu nanti. 

Senang bukan cara nak urus mendaki gunung ni.  Tapi diingatkan bahawa cara ini adalah untuk penduduk sabahan sahaja.  Kalau penduduk luar, korang boleh lah berhubung terus dengan Sutera Sanctuary Lounges.  Selamat mencuba berurusan.

kami sangat excited mau naik gunung

Mkay bye
Salam…

Tuesday, January 14

RESEPI : MAKAN PISANG REBUS

hai there...
assalamualaikum...


masih belum terlambat lagi ni nak ucap selamat tahun baru 2014 kepada semua terutamanya rakyat malaysia. memandangkan ini adalah entri pertama dalam blog ni, jadi saya mahu ceritakan sedikit pengalaman saya yang PERTAMA tentang.......jengjengjeng...makan pisang rebus.


sebenarnya pisang rebus ni memang nenek dan mama saya selalu buat juga untuk makan sambil minum-minum petang.  tetapi memandangkan pisang adalah sejenis buah yang memang lembut dan selepas di rebus menjadi lagi lembut, saya agak kurang berkenan dan sedikit tidak berani untuk makan dan rasa pisang rebus ni.

nak di jadikan cerita, adalah akauntan kami di office ni datang ke office bawa pisang rebus. dia ajak makan sekali dan atas dasar hormat dengan pelawaan staf yang lebih senior, saya pun makan lah pisang rebus tu. dengan muka takut-takut + bismillahirrohmanirrahim, saya pun gigit, kunyah dan telan lah pisang tu. lepas tu apa yang saya rasa adalah.. "wow..!! rasa pisang rebus ni tidaklah teruk mana pun. sedap. macam pengat pisang"

mula dari hari tu, kalau ada pisang rebus lagi mesti saya makan punya lah. oh ya, pisang yang kena rebus ni mestilah guna pisang yang jenis besar dan kulit yang tebal sikit..kalau nak guna pisang emas, untuk di bawa belayar bolehlah. 

cara-cara nak buat pisang rebus ni macam ni
  • potong pisang dari sikatnya (potong jadi sebiji-sebiji lah ni)
  • buang hujung kulit pisang sedikit
  • susun ke dalam periuk dan masukkan air (pastikan pisang-pisang tu senang berenang dalam periuk)
  • rebus dengan api sederhana selama 10-15 min
  • lepas siap, boleh lah dihidang
kalau nak lagi sedap boleh makan dengan kelapa yang digaul dengan gula. perghhh, terliur dah ni nak makan pisang rebus. dekat dapur ada seplastik pisang nak di rebus bawa ke office besok. silap-silap petang ni pun dah habis kena rebus pisang-pisang tu. terliur punya pasallah ni. 

mkay bye..
salam..