Monday, February 24

RESEPI : BISKUT PELANGI VERSI RASTA DAN CHOCOLATE BROWNIES

Assalamualaikum...
Hai there...

                Hari ahad yang lalu aku ada buat biskut dan brownies.  Biskut tu adik bongsu aku yang request.  Dari minggu lalu lagi dia sibuk minta aku buat biskut tu.  Alasannya sebab dia bosan tengok movie kalau tiada makanan ringan.  Yang brownies ni pula mama yang minta buat.  Sebab mama ada nampak gambar brownies yang menyelerakan dekat facebook.  Awal-awal lagi mama sudah screen capture resepi suruh aku buat.

                Memandangkan aku sememangnya bosan menahan sakit gigi yang baru siap di tampal, jadi aku menyibukkan diri untuk buat biskut dan brownies tu dengan di bantu oleh si bongsu secara paksarela.  Walaupun dipaksa untuk tolong, aku respect juga dengan si bongsu ni sebab banyak kerja yang dia tolong aku buat.  Kerja membersih, piping adunan dalam acuan, pindahkan biskut dalam rak penyejuk, masukkan biskut dalam balang dan cuci mencuci semua dilakukan oleh si bongsu.  Kerja aku masa hari tu cuma buat adunan, periksa biskut dalam oven dan kemas apa yang patut.

                Okei, cukup cerita pasal kerajinan si bongsu, meh aku kongsi resepi biskut dan brownies yang aku buat.

Biskut Rasta (Sebenarnya biskut lidah kucing pelangi)

Bahan-bahannya:
250 gm mentega
175 gm gula kastor
100 ml putih telur
200 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
1/4 sudu teh emplex
Pewarna hijau, kuning dan merah
Loyang khas lidah kucing di gris dengan sedikit mentega (memandangkan kami tiada loyang khas ni, kami guna loyang buat pai saiz kecil)

Cara buat :
Ayak tepung jagung, tepung gandum dan emplex, ketepikan
Dalam mixer pukul mentega dan gula hingga berkrim
Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati
Masukkan tepung dan kaup balik dengan spatula hingga rata
Bahagikan adunan kepada tiga bahagian
Letakkan pewarna untuk setiap bahagian
Masukkan dalam piping bag atau bag plastik untuk setiap warna berlainan
Potong hujung muncung bag plastik atau piping bag kecil
Paipkan atas loyang pai mengikut warna rasta (hijau, kuning dan merah)
Bakar dalam oven pada suhu 150 C selama 15 ~ 20 minit
Jaga jangan sampai keperangan dan hangus kerana warnanya akan pudar dan tidak menyerlah
Biarkan sejuk sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara


Chocolate Brownies

Bahan-bahannya :
1 cawan butter- dicairkan
1 cawan gula
1 cawan seerbuk koko
1 cawan tepung gandum
2 biji telur
1 sdk baking powder
sedikit esen vanilla
sedikit garam

cara buat :
cairkan butter + gula kacau dengan whisk
masukkan telur
masukkan baking powder + koko
masukkan tepung dan gaul dengan sebati
masukkan garam + esen vanilla, kacau rata
Akhir sekali masukkan dalam loyang
bakar pada suhu 160-170 hingga masak



inilah hasilnya.  Biskut Rasta dan Chocolate Brownies

Sila jangan banyak komen kenapa bentuk biskut sangat huduh.  Itu adalah hasil tangan si bongsu yang pertama kali buat biskut.
ini lah loyang kami guna untuk gantikan loyang khas lidah kucing


Biskut pelangi yang ini aku buat bulan disember tahun lalu untuk majlis kahwin abang sedara aku.  Bangga aku masa ni sebab ramai puji biskut yang aku buat.  Kembang semangkuk juga lah perasaan masa tu.  hehee

Selamat Mencuba

Mkay bye...
Salam...