Assalamualaikum...
Hai there...
Hari
ahad yang lalu aku ada buat biskut dan brownies. Biskut tu adik bongsu aku yang request. Dari minggu lalu lagi dia sibuk minta aku
buat biskut tu. Alasannya sebab dia
bosan tengok movie kalau tiada makanan ringan.
Yang brownies ni pula mama yang minta buat. Sebab mama ada nampak gambar brownies yang menyelerakan dekat facebook. Awal-awal lagi mama sudah
screen capture resepi suruh aku buat.
Memandangkan
aku sememangnya bosan menahan sakit gigi yang baru siap di tampal, jadi aku
menyibukkan diri untuk buat biskut dan brownies tu dengan di bantu oleh si bongsu
secara paksarela. Walaupun dipaksa untuk
tolong, aku respect juga dengan si bongsu ni sebab banyak kerja yang dia tolong
aku buat. Kerja membersih, piping
adunan dalam acuan, pindahkan biskut dalam rak penyejuk, masukkan biskut dalam
balang dan cuci mencuci semua dilakukan oleh si bongsu. Kerja aku masa hari tu cuma buat adunan,
periksa biskut dalam oven dan kemas apa yang patut.
Okei,
cukup cerita pasal kerajinan si bongsu, meh aku kongsi resepi biskut dan
brownies yang aku buat.
Biskut Rasta (Sebenarnya
biskut lidah kucing pelangi)
Bahan-bahannya:
250 gm mentega
175 gm gula kastor
100 ml putih telur
200 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
1/4 sudu teh emplex
Pewarna hijau, kuning dan merah
Loyang khas lidah kucing di gris
dengan sedikit mentega (memandangkan kami tiada loyang khas ni, kami guna
loyang buat pai saiz kecil)
Cara buat :
Ayak tepung jagung, tepung gandum
dan emplex, ketepikan
Dalam mixer pukul mentega dan
gula hingga berkrim
Masukkan putih telur sedikit demi
sedikit dan putar hingga sebati
Masukkan tepung dan kaup balik
dengan spatula hingga rata
Bahagikan adunan kepada tiga
bahagian
Letakkan pewarna untuk setiap
bahagian
Masukkan dalam piping bag atau
bag plastik untuk setiap warna berlainan
Potong hujung muncung bag plastik
atau piping bag kecil
Paipkan atas loyang pai mengikut
warna rasta (hijau, kuning dan merah)
Bakar dalam oven pada suhu 150 C
selama 15 ~ 20 minit
Jaga jangan sampai keperangan dan
hangus kerana warnanya akan pudar dan tidak menyerlah
Biarkan sejuk sebelum di simpan
di dalam bekas kedap udara
Chocolate Brownies
Bahan-bahannya :
1 cawan butter- dicairkan
1 cawan gula
1 cawan seerbuk koko
1 cawan tepung gandum
2 biji telur
1 sdk baking powder
sedikit esen vanilla
sedikit garam
cara buat :
cairkan butter + gula kacau dengan whisk
masukkan telur
masukkan baking powder + koko
masukkan tepung dan gaul dengan sebati
masukkan garam + esen vanilla, kacau rata
Akhir sekali masukkan dalam loyang
bakar pada suhu 160-170 hingga masak
inilah hasilnya. Biskut Rasta dan Chocolate Brownies |
Sila jangan banyak komen kenapa
bentuk biskut sangat huduh. Itu adalah hasil
tangan si bongsu yang pertama kali buat biskut.
ini lah loyang kami guna untuk gantikan loyang khas lidah kucing |