Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Wednesday, February 19

INFO : TUKAR DUIT ROSAK

Hai there…
Assalamualaikum…

                Tadi siang aku ikut officeboy kami pergi bank.  Aku ikut pun sebab paksarela.  Accountant kami yang suruh aku ikut supaya jaga kereta masa officeboy tu berurusan di bank.  Dorang takut kereta kena saman lagi.  Aku pun yang tengah memang tiada kerja dengan senang lenang lah setuju ikut officeboy tu.  Tapi aku ikut bukan sebarang ikut.  Aku ada hajat sebenarnya.  Hajat ni bertahuntahun sudah aku simpan.  Belum sempat aku cakap dekat officeboy tu, dia lagi cepat tanya aku.  “kau ikut ni ada mahu pergi mana-mana lagi kah?”.  Hah.! Dengan pantas aku jawab, “kalau kita pergi BNM boleh?” *sambil mata kelip2 bibir senyum sungging.  Officeboy tu pun senyum dan bilang saja ok.

                Tujuan aku mahu pergi ke BNM atau Bank Negara Malaysia ini adalah kerana untuk menukar duit rosak yang telah berkurun lama aku simpan.  Bukan lama mana sangat pun, ada lah dalam setahun dua ni.  Masa belajar di PoliKK dulu, kelas aku ada buat lawatan ke BNM ni.  Dari lawatan itu lah aku tahu yang duit rosak/koyak ini boleh di tukar di BNM.  Even duit yang hangus terbakar pun masih laku kalau tukar di BNM.  Cumanya nilai duit tu berbeza sedikit mengikut kadar kehangusannya.   Kalau nak faham lagi korang baca prosedur dan garis panduan penilaian wang kertas cacat/rosak

                Cara tukar duit koyak di BNM ni sangat mudah.  Meh aku cerita pengalaman aku siang tadi.   Sampai saja di BNM, abang polis yang jaga di pintu pagar awal2 sudah tanya “nak pergi mana?”  Aku kemas tudung sikit, buat muka comel sikit, senyum sikit baru aku  jawab “nak tukar duit”.  Lepas dengar suara aku yang comel, abang polis pun bagi kebenaran aku masuk.  Sampai di pintu masuk pula, ada lagi sorang abang polis tanya soalan sama.  Aku bagi jawapan yang sama juga.  Lepastu abang polis tunjuk kaunter yang patut aku pergi.  Urusan tukar duit ni senang sebenarnya.  Sampai di kaunter, pegawai akan bagi satu borang untuk diisi.  Lepas siap isi borang kita akan bagi balik borang tu dengan semua duit rosak.  Kita duduk sekejap sambil main instagram sementara tunggu pegawai siap menilai duit tu. Lepas siap pegawai tu akan panggil kita untuk bagi duit dan salinan borang yang kita isi.  Selesai.  Mudah dan pantas bukan.  Yang lagi sioknya, bagi duit buruk dapat duit baru.  Awesome! 
               

Borang+duit rosak

Salinan borang+duit baru

Mkay Bye…
Salam…


*masih dalam mood cuti.  Minggu lalu lawat penang dengan kawan.  Teruja sebab pertama kali bercuti dengan kawan.

Tuesday, January 21

INFO : PERKARA PERTAMA SEBELUM MENDAKI GUNUNG KINABALU

hai there...
assalamualaikum...

tahukah anda, bahawa gunung kinabalu merupakan salah satu tarikan utama yang menarik pelancong dari dalam mahupun luar negara untuk datang melawat sabah negeri di bawah bayu ini.

tahukah anda, bahawa mereka yang lahir sebagai penduduk tempatan sabah telah diberikan satu keistimewaan khas jika hendak medaki gunung kinabalu.

tahukah anda keistimewaannya ialah harga yang ditawarkan adalah lebih MURAH berbanding dengan penduduk luar.  anda mahu tahu bagaimana caranya? mari sini saya tunjuk ajarkan.

1.      Dapatkan 'Borang Mendaki Bagi Kuota Pendaki Tempatan Sabah'
Borang ni korang boleh dapat di ibu pejabat taman-taman sabah di times square.  tapi lagi senang kalau main download saja dari internet. Zaman sekarang kan sudah makin canggih. cuba download disini

2.      Sediakan salinan dokumen
Lepas sudah dapat borang, korang akan isi semua maklumat yang diperlukan dan pastikan setiap pendaki adalah penduduk tetap sabah yang nombor kod negeri di dalam kad pengenalan adalah 12.

Ikut pengalaman saya haritu, ada seorang pendaki nombor kod negerinya adalah 91 sebab dia dilahirkan di luar negara.  Jadi kami dinasihatkan untuk sertakan salinan sijil lahir dan kad pengenalan salah seorang ibu/bapa yang merupakan penduduk tempatan sabah.  Ini bertujuan untuk mengesahkan bahawa pendaki tersebut adalah penduduk tempatan sabah. So, untuk pendaki tersebut kami sertakan salinan kad pengenalan pendaki, salinan sijil lahir dan salinan kad pengenalan bapa beliau.

3.      Sabah Park akan semak kekosongan
Selesai sahaja borang di isi dengan lengkap, korang hantar borang tu ke ibu pejabat taman-taman sabah.  Nanti ada pegawai yang akan periksa tarikh yang kamu pilih tu samada masih available ataupun tidak.  kalau available, boleh lah proceed next step. Tapi kalau tidak, terpaksa lah korang kena pilih tarikh lain dan selalunya dorang akan cadangkan lah bila tarikh yang masih available.

Dinasihatkan untuk urus semua ni dalam tempoh enam bulan lebih awal.  Tapi untuk kelompok yang ramai, saya nasihatkan korang urus lah lapan bulan lebih awal.  Sebabnya, hari tu saya urus trip ni bulan Disember 2013 dan akhirnya dapat tarikh mendaki bulan Ogos 2014.  kan terpaksa menunggu lama lagi baru dapat mendaki.

4.      Buat Pembayaran
Kalau semua dokumen telah lengkap dan tarikh pun telah ditetapkan, korang cuma perlu buat pembayaran saja lagi.  Pembayaran yang perlu korang buat adalah bayaran permit [RM 30] , insuran [RM 7] dan penginapan (Laban Rata)[RM 80]. Lepas tolak tambah bahagi darab, jumlah yang perlu bayar adalah RM 117 seorang. tapi bayaran ini bukanlah bayaran penuh, masih ada sedikit bayaran yang  perlu di bayar semasa hari mendaki nanti.

Bayaran permit dan insuran ni boleh dibayar di pejabat taman-taman sabah.  Manakala bayaran untuk penginapan ni perlu dibayar di Sutera Sanctuary Louges.  Diingatkan pembayaran perlu dijelaskan dalam tempoh tujuh hari selepas sudah confirmkan tarikh mendaki.  Jadi kena siap sediakan lah duit bayaran ni awal-awal.

5.      Tunggu hari
Selesai buat pembayaran di taman-taman sabah dan sutera sanctuary louges, korang tinggal tunggu hari saja lah. Bukan tunggu hari nak beranak, tapi tunggu hari untuk mendaki.  Tapi pastikan resit bayaran yang korang dapat tu, korang simpan baik-baik.  Itu kira sebagai tiket penginapan korang tu nanti. 

Senang bukan cara nak urus mendaki gunung ni.  Tapi diingatkan bahawa cara ini adalah untuk penduduk sabahan sahaja.  Kalau penduduk luar, korang boleh lah berhubung terus dengan Sutera Sanctuary Lounges.  Selamat mencuba berurusan.

kami sangat excited mau naik gunung

Mkay bye
Salam…